Thursday 25 April 2013

Hikmah dari EPAL~



Suatu hari,terdapat seorang pemuda yang soleh lagi muslih berjalan-jalan dpinggir Kota Kuffah dengan badannya yang berpeluh-peluh dek kerana terkena pancaran sang mentari yang sangat terik.
Tidak tahan dengan sengatan sang matahari,pemuda tersebut mencari tempat untuknya berteduh.Dia menuju ke sebuah pohon yang agak rendang.Tiba-tiba,dia melihat sebiji epal jatuh.Kemudian,buah epal yang masak ranum itu tergolek keluar dari dalam kebun.Panas-panas begini pasti enak jika memakan epal yang segar ini,fikirnya.
Tanpa berfikir panjang,si pemuda pun memungut epalyang begitu menggiurkan itu.Kini buah epal itu sudah berada dalam genggamannya.Beberapa kali si pemuda menelan air liurnya.Perut lapar serta sengatan mentari yang terik telah membuatkannya lupa akan satu perkara,apakah epal itu halal tau haram.Kemudian,epal itu dimakannya puas-puas.
Si pemuda baru tersedar akan hal itu setelah memakan separuh dari buah epal tersebut.Dia sangat terkejut kerana buah epal itu bukan miliknya an belum meminta izin daripada pemilik kebun untuk memakan buah epal tersebut.Tanpa berfikir panjang si pemuda terus bergegas meluru masuk ke dalam kebun itu.Dia mncari-cari si pemilik kebun.Bagaimanapun keadaannya,dia harus menemui pemlk kebun untuk meminta halal dari sebij epal yang baru sahaja dimakannya tadi.Kemudian,wajahnya berubah menjadi ceria.Tidak jauh dari tempatnya berdiri,dia melihat seorang pemuda bertubuh tegap.Dia terus menghampiri orang tu sambil berkata,tuan,saya telah berbuat salah....”
“Kamu sapa?”tanya orang itu kehairanan..
“Begini tuan,saya telah makan separuh buah epal milik tuan.Dengan segala kerendahan hati,saya mohon kiranya tuan sudi menghalalkannya.’’
“Saya bukan pemilik kebun ini.Saya hanya pembantu kepada pemilik kebun ini.Pekerjaan saya hanya menjaga serta menguruskan kebun epal ini sahaja.”
“Kalau begitu,dimana rumah majikanmu?saya akan kesana untuk meminta keikhlasannya tas buah epal yang telah saya makan.”
“Rumah majikan saya sangat jauh!!.Perjalanan ke sana memakan waktu sehari semalam,”kata si penjaga kebun kepadanya sambil menatap wajah si pemuda soleh dalam-dalam,hairan melihat kegigihan sang pemuda ini.
Tekad si pemuda untuk bertemu pemilik kebun sudah bulat.Darah dagingnya tidak boleh tercemar dengan makanan yang tidak halal.Apa pun risiko yang akan dihadapinya,yang penting dia dapat bertemu dengan pemilik kebun yang dicarinya.
“Tidak mengapa.Sya akan tetap menemuinya,walaupun rumahnya jauh.Saya ingin menyucikan diri dari makanan yang haram.Peringatan Rasulullah SAW membuat hati saya tidak dapat tenang.Baginda mengingatkan bahawa setiap daging yang tumbuh dari makanan haram itu lebih layak menjadi umpan neraka.”

Dipendekkan cerita,si pemuda telah sampai ke rumah pemilk kebun yang dicarinya.Hatinya sangat gembira kerana telah menjumpai rumah si pemlik kebun epal tersebut.Rona mukanya berseri-seri.Perjalanannya yang jauh alhamdulillah tidak sia-sia.Tanpa ragu-ragu lagi,si pemuda terus mengetuk pintu.
Setelah lama menunggu,di hadapannya telah berdiri seorang lelaki separuh usia.Si pemuda menerpa dan bersalam dengan lelaki itu.
“Saya datung dari tempat yang sangat jauh.Sa..sa..,”kata si pemuda agak tergagap.
“Kamu siapa?Mahu berjumpa dengan siapa?Rasanya kita belum pernah bertemu.”
“Saya telah berbuat salah,tuan.Saya terlanjur memakan separuh buah epal yang jatuh dari kebun milik tuan.”
“Wahai pemuda,jadi apa maksud kedatanganmu ke sini?”
“Begini tuan,saya tidak mahu ada barang haram dalam tubuh saya.Buah epal itu benar-benar mengganggu fikiran saya.Saya mohon dari tuan agar sudi menghalalkan buah epal yang telah saya makan itu.”
Tuan pemilik kebun pun mengerti akan niat murni si pemuda yang tampan lagi soleh ini.Beberapa saat kemudian,kedua mata tuan rumah itu memandang tajam wajahnya.
“Tidak semudah itu, anak muda”
“Maksud tuan?”tanya si pemuda dengan tatapan penuh pengharapan.
“Saya akan menghalalkan buah epal itu debgan hanya satu syarat”.
Jantung si pemuda berdegup dengan amat kencang sekali,dia bimbang akan syarat yang diberikan terlampau berat dan dia tidak sanggup memenuhu syarat tersebut.
“Apa syarat yang tuan minta?”
“Kamu harus menikah dengan anak perempuan saya!!”
Si pemuda berasa lega ternyata syarat yang diminta tidaklah begitu berat.
“Jangan gembira dulu, anak muda.”
“Anak perempuan saya seorang yang buta,bisu dan tuli.Bukan itu sahaja,dia juga seorang yang lumpuh,”kata orang itu sambil menatap kedua matanya.
Dia berasa begitu terkejut.Bagaimana mungkin dia beristerikan seorang yang cacat.Pasti menjadi beban untuknya kelak.Kalau rupanya buruk tidak menjadi masalah,tetapi ini wanita yang cacat.Dia menjadi ngeri memikirkan masa depannya,hanya gara-gara sebiji epal dia harus menderita seumur hidup.
“Hanya itu syarat yang diminya.Jadi,sila fikirkan masak-masak.Jangan sampai menyesal di kemudian hari,”kata si pemilik kebun.
Tidak ada pilihan lain.Mahu tidak mahu,dia harus menerima syarat tersebut.Baginya lebih baik hidup menderita daripada tubuh yang ternoda oleh barang haram.
“Saya terima syarat tuan.”
“Namun,kamu harus ingat,pernikahan ini bukan main-main.Akad nikah adalah perjanjian yang amat berat.”
“Saya faham,tuan.Percayalah,saya tidak akan mensia-siakan anak tuan.Saya akan menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.Mudah-mudahan ALLAH SWT meredhai dan memberkati pernikahan saya dan anak tuan.”
Beberapa hari kemudian,pernikahannya pun dilangsungkan.Kerabat terdekat,para tetangga dan sahabat-sahabat turut diundang.Dua orang penduduk kampung menjadi saksi pernikahan mereka berdua.
Akad nikah berjalan dengan sangat lancar.Akad nikah berlangsung tanpa sebarang halangan.Si pemilik kebun kini menjadi mertuanya.Sang mertua mempersilakannya untuk menemui isterinya di bilik pengantin.
Sempat juga timbul keraguan di dalam diri sang pemuda ketika hendak memasuki bilik.Haruskah dia mengucapkan salam kepada isterinya yang tuli dan bisu?Tidak mengapalah, lebih baik mengucapkan salam sebelum masuk ke bilik,pasti ada malaikat yang akan menjawab salamku.
“Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh,”ucapnya.
Namun,alangkah terkejutnya si pemuda soleh apabila dia mendengar jawapan,padahal di dalam bilik hanya ada isterinya yang bisu dan tuli.Tetapi,mengapa isterinya dapat mendengar dan menjawab salam?sama sekali hal itu di luar dugaanya.Rasa terkejutnya semakin bertambah setelah dia merasakan tangan halus yang memegang pergelangan tangannya.
Dia tudak dapat menyembunyikan kehairanannya.Bukankah isterunya juga bisu dan lumpuh??Tetapi,mengapa dia boleh menjawab salam dan memegang pergelangan tangannya dengan begitu lembut??dia menyanka dia telah tersalah orang.Walaupun merasa rau,akhirnya dia masuk ke bilik dan duduk disamping isterinya.
“Kata ayah,kamu buta,tuli,bisu dan lumpuh.Tetapi mengapa sebaliknya?Kamu boleh berbicara,melihat dan berjalan.Malah lebih dari itu,kamu juga cantik isteriku”
Kata ayah tidak salah dan benar.Saya buta itu bermaksud saya tidak suka melihat sesuatu yang ALLAH SWT haramkan.”
“Tapi kata ayah kamu juga bisu dan tuli.”
“Saya adalah tuli bermaksud saya tidak suka mendengarkan perkataan yang dibeci oleh ALLAH SWT.Saya bisu itu bermaksud saya tidak sua mengumpat,menghina ,mengfitnah dan sebagainya.”
“Kalau begitu,apa yang dimaksudkan dengan lumpuh?”
“ Kedua kaki saya lumpuh iu bermaksud saya tidak suka pergi ketempat-tempat maksiat.”
Si pemuda segera bersujud tanda syukur kepada ALLAH SWT.Semua ini merupakan anugerah serta kurnia dari ALLAH SWT yang tidak terkira olehnya.Buah epal hanyalah perantara.Sekarang,dia tidak dapat menyembunyikan kebahagiaanya yang amat diidami selama ini.Matanya berbinar-binar dan merasa sangat beruntung akan anugerah yang telah dia peroleh.
Buah jatuh tidak jauh dari pohonnya.Demikianlah kata pepatah.Dia dan isterinya dikurniakan anak yang soleh dan cerdas.Mereka memberikan nama yang begitu indah.Kelak,ulama’ yang lebih dikenali dengan nama Imam Abu Hanifah ini menjadi salah seorang anutan sekalian umat.

Monday 12 November 2012

                                             SIAPA KATA JADI PRMPUAN TU SENANG????????

siapa kata jadi perempuan tu senang?:)

nak kena tutup sana, tutup sini
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
perempuan, stoking pon kena pakai
cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
komfem x tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jek
tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap2 bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
cuba tengok budak lelaki , selamber jek
kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive je
tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati mereka Allah jadikan lembut betul
cepat je sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yg paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki
hebat tak perempuan?
disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah x adil
kenapa Allah lebihkan lelaki?
kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan
dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebe
diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati
kesian kan kat diorang?
disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil
persoalannya sekarang
betul ke Allah x adil dengan perempuan?
betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

x adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang 
Allah yg jadikan kita hebat
cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia
masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga
tengok hadis ni

"Apabila
seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan
(Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh
memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?
oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah padamu
betapa cintanya Allah padamu
tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
kesiannya dekat perempuan yang tolak untuk jadi seindah hiasan kan? — ^^



                                          sama2 kiter rnungkan n selamat beramal...

Tuesday 6 November 2012

take 5!!!



A) Cara senang utk dptkan pahala
walaupun slps mati .

1) Pasang kipas di surau/masjid
wlaupun 1 , setiap kali org guna ,

anda dpt pahala walau slps mati .

2) Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali psakit guna, anda akn dpt pahala .

3) Beri baju kpd org , setiap kali
org pakai , anda dpt pahala .

4) Beri makanan kpd org , anda
dpt pahala selagi makanan itu
mnjadi darah dagingnya .

5) Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada..


B) Kongsi mesej ini kpd orang
ramai. Walaupun 1 tolong
kongsikan kpd org, anda akn dpt pahala sbb anda telah brdakwah
utk sampaikan ilmu. InsyaAllah yg penting keikhlasan kerana Allah semata2...

7 kalimat yg harus di biasakan..

1) Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.

2) Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.

3) Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.

4) InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.

5) Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.

6) Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.

7) Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.


C) Ada 2 pilihan utk anda :

1) Biarkn sja text ini tanpa bermanfaat utk org lain.

2) Anda sebarkan kepada semua kenalan anda.

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya,maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akan tetap memperoleh pahala...
Amiiin ya rabbal alamin

Semoga bermanfaat


RENungan:D


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.
Hadis Riwayat: Al-Bukhari

Nota:
Maka Sanyangilah Ulama-Ulama sejati yang masih ada kerana ulama' itu pewaris para anbiya':)



Monday 5 November 2012




Dari terbuka, eloklah diTUTUP saja. Bila dah ditutup eloklah LONGGARkan mana yg patut ya. Bila dah longgar jangan lupa diLABUHkan juga. Bila dah buat, jangan lupa CHECK semula. Takut-takut ada yg terlepas di mata. Terutamanya tang LENGAN, KAKI dan JENIS KAIN yg selalu wanita terlupa.

#Peringatan Bersama...
Masih sempat lagi ni untuk berubah. 
"InsyaAllah."

together:"(



Kadang kadang kita bertanya pada diri.

"Kenapa sekejap aku ALIM, sekejap aku jadi ZALIM?"

"Kadang2 kita buat jahat, kita pun bosan dengan jahat itu.."

"kadang2 kita buat baik, kita pun rasa putus asa dengan kebaikan itu.."

Berlegar legar di ruangan minda kita mencari jawapan....

*Mafhum hadith nabi* 

diriwayatkan dari Abdullah Ibn Amr
"Bagi setiap amalan itu, ada masa kuatnya, dan masa lemahnya.barangsiapa yang masa lemahnya itu, dia balik pada sunnahku, maka dia mendapat petunjuk.Barangsiapa yang masa lemahnya itu, dia cari selain daripada sunnahku, maka rosaklah dia.."

Bila sampai masa kita bosan dan sesak dengan kejahatan kita...

bila sampai masa kita penat dan lelah dengan kebaikan kita..

Kembalilah..

Allah membuka pintu taubat 24/7..

kembalilah...:'(peringatan buat diriku yang mudah lupa..

cover OUR aurah:)

 GIRLS♥!!!
Tutup aurat bukan setakat masa nak pergi mana-mana tempat jauh ke,nak pergi bandar ke atau kat mana-mana lah.

Eh,kat luar rumah kita sendiri pun kena tutup aurat juga ya.:)

Even cuma nak ambik barang atau menyapu kat luar rumah sekalipun tau^^

Penting ni!!!!

"SAYANG KALIAN♥LILLAH"