Monday 12 November 2012

                                             SIAPA KATA JADI PRMPUAN TU SENANG????????

siapa kata jadi perempuan tu senang?:)

nak kena tutup sana, tutup sini
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
perempuan, stoking pon kena pakai
cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
komfem x tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jek
tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap2 bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
cuba tengok budak lelaki , selamber jek
kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive je
tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati mereka Allah jadikan lembut betul
cepat je sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yg paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki
hebat tak perempuan?
disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah x adil
kenapa Allah lebihkan lelaki?
kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan
dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebe
diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati
kesian kan kat diorang?
disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil
persoalannya sekarang
betul ke Allah x adil dengan perempuan?
betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

x adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang 
Allah yg jadikan kita hebat
cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia
masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga
tengok hadis ni

"Apabila
seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan
(Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh
memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?
oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah padamu
betapa cintanya Allah padamu
tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
kesiannya dekat perempuan yang tolak untuk jadi seindah hiasan kan? — ^^



                                          sama2 kiter rnungkan n selamat beramal...

Tuesday 6 November 2012

take 5!!!



A) Cara senang utk dptkan pahala
walaupun slps mati .

1) Pasang kipas di surau/masjid
wlaupun 1 , setiap kali org guna ,

anda dpt pahala walau slps mati .

2) Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali psakit guna, anda akn dpt pahala .

3) Beri baju kpd org , setiap kali
org pakai , anda dpt pahala .

4) Beri makanan kpd org , anda
dpt pahala selagi makanan itu
mnjadi darah dagingnya .

5) Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada..


B) Kongsi mesej ini kpd orang
ramai. Walaupun 1 tolong
kongsikan kpd org, anda akn dpt pahala sbb anda telah brdakwah
utk sampaikan ilmu. InsyaAllah yg penting keikhlasan kerana Allah semata2...

7 kalimat yg harus di biasakan..

1) Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.

2) Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.

3) Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.

4) InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.

5) Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.

6) Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.

7) Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.


C) Ada 2 pilihan utk anda :

1) Biarkn sja text ini tanpa bermanfaat utk org lain.

2) Anda sebarkan kepada semua kenalan anda.

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya,maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akan tetap memperoleh pahala...
Amiiin ya rabbal alamin

Semoga bermanfaat


RENungan:D


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.
Hadis Riwayat: Al-Bukhari

Nota:
Maka Sanyangilah Ulama-Ulama sejati yang masih ada kerana ulama' itu pewaris para anbiya':)



Monday 5 November 2012




Dari terbuka, eloklah diTUTUP saja. Bila dah ditutup eloklah LONGGARkan mana yg patut ya. Bila dah longgar jangan lupa diLABUHkan juga. Bila dah buat, jangan lupa CHECK semula. Takut-takut ada yg terlepas di mata. Terutamanya tang LENGAN, KAKI dan JENIS KAIN yg selalu wanita terlupa.

#Peringatan Bersama...
Masih sempat lagi ni untuk berubah. 
"InsyaAllah."

together:"(



Kadang kadang kita bertanya pada diri.

"Kenapa sekejap aku ALIM, sekejap aku jadi ZALIM?"

"Kadang2 kita buat jahat, kita pun bosan dengan jahat itu.."

"kadang2 kita buat baik, kita pun rasa putus asa dengan kebaikan itu.."

Berlegar legar di ruangan minda kita mencari jawapan....

*Mafhum hadith nabi* 

diriwayatkan dari Abdullah Ibn Amr
"Bagi setiap amalan itu, ada masa kuatnya, dan masa lemahnya.barangsiapa yang masa lemahnya itu, dia balik pada sunnahku, maka dia mendapat petunjuk.Barangsiapa yang masa lemahnya itu, dia cari selain daripada sunnahku, maka rosaklah dia.."

Bila sampai masa kita bosan dan sesak dengan kejahatan kita...

bila sampai masa kita penat dan lelah dengan kebaikan kita..

Kembalilah..

Allah membuka pintu taubat 24/7..

kembalilah...:'(peringatan buat diriku yang mudah lupa..

cover OUR aurah:)

 GIRLS♥!!!
Tutup aurat bukan setakat masa nak pergi mana-mana tempat jauh ke,nak pergi bandar ke atau kat mana-mana lah.

Eh,kat luar rumah kita sendiri pun kena tutup aurat juga ya.:)

Even cuma nak ambik barang atau menyapu kat luar rumah sekalipun tau^^

Penting ni!!!!

"SAYANG KALIAN♥LILLAH"

kerana manisnya cinta ♥

Cinta bukan sekadar bermesej 24 jam sehari 7 hari seminggu. 
Cinta bukannya sekadar berkata I love you” atau “Saya sayang awak”
Bukan juga dengan mengambil berat sekadar bertanya “Dah makan? Kalau tak sihat jangan lupa pergi klinik.”

BUKAN!!!!!!..

Cinta ialah satu tanggungjawab. Berani melafazkan cinta bererti berani dan bersedia untuk membawa dia yang disayangi ke arah yang lebih baik ke jalan Allah

 ♥cinta lepas nikah 

Allah sweet♥

sweetnya Allah ♥

pg tadi sy pergi ke sekolah dan ingin berjumpa dgn guru2 saya

tiba2 terdetik nk brjumpa dgn tunang sy yg sedang mnduduki peperiksaan (lari niat jap)


pastu ditakdirkan Allah sehari suntuk tu sy xjumpa lgsg kelibat dye

pastu petang td fikir nk jumpa dye lg,
sekali Allah turunkan hujan lebat

haha kiranya mcm Allah cmburu sy nk jumpa cinta yg lain selain dr cintaNYA

"kalau u jumpa dye kte CLASH!" >.<

sweet 


~sahabat saye~

Saturday 3 November 2012

Mari memburu "SYAHID!!!!!!!!!!!"





Aku sering bertanya kepada diri… layakkah aku sebagai serikandi jua mujahidah pembela agama? Aku rasakan aku hanya bercakap sahaja. Tiada apa yang dapat aku lakukan tambahan pula diri ini jauh dari tarbiyah bumi maahadi. Kini, yang ada hanya sisa-sisa tarbiyah yang perlu aku kuatkan dan mantapkan untuk aku kebalkan diri ini supaya tidak lari dari landasan yang sebenar.

            Aku dambakan peribadi Fatimah Az Zahra. Dulu dan kini aku jatuh cinta pada peribadi anak gadis Rasulullah ini. Aku tertarik dengan ketabahannya menghadapi hidup dalam serba kekurangan namun kaya dengan cinta Ilahi. Aku? Mungkin kaya dengan dunia namun miskin dengan cinta Ilahi… inikah yang digelar serikandi?

            Seorang serikandi, hatinya tulus. Berjuang dalam sendu redha. Redha dengan segala ketetapan Ilahi. Seorang serikandi merelakan hidupnya sibuk dengan urusan jihad. Dia tidak kisah masanya terbuang demi Islam. Dia tidak kisah wang ringgitnya habis demi Islam. Dia tidak kisahnya dirinya terkorban demi Islam.

            Akhawat yang amatku sayang, adakah kita sudah bersedia menjadi seorang mujahidah dan serikandi pembela agama? Andai kau bersedia kenapa engkau masih asyik terbuai dengan badai duniawi? Aku gusar dengan diri ini jua kalian… kita bohong! Kita hipokrit! Kita kata kita cintakan perjuangan ini. Tapi kita masih mementingkan diri sendiri. Tika hendak turun berprogram, kita fikir banyak kali. Tika ingin infak duit untuk jemaah, kita fikir berpuluh kali. Kita takut untuk keluarkan harta kita demi Islam.

            Seorang serikandi dan mujahidah yang cintakan syahid,  kecantikan diri diketepikan. Kita tidak risau diri kita comot di dalam program. Kita tidak gusar kita tidak memakai baju baru. Apa yang aku lihat pada diriku dan juga muslimat seperjuanganku, kita seringkali memikirkan kecantikan diri. Kita jaja wajah kita di laman sosial FB…blog dan sebagainya. Adakah ini mujahidah pembela agama?

            Aku cintakan syahid Ya Allah....Jangan Kau tarik perasaan ini dari diriku. Aku tahu aku tidak sehebat mana. Namun, hanya ini yang mampu aku tonjolkan. Aku akan terus berjihad, melarikan pena di pentas penulisan ini. Aku ingin bergelar mujahidah Islam yang sanggup berkorban apa sahaja demi Islam. Ada sesiapa yang ingin bersamaku untuk menyahut seruan suci ini?

            Usah gentar duhai diri. Bukankah syahid impianmu? Darahmu berkesimbahan di bumi ini hanya untuk Islam tercinta. Jadi apa tunggu lagi serikandi Umar… bangkitkan roh jihad di dalam dirimu. Ya Allah, Kau simbahilah roh jihad di dalam diriku. Aku tidak bohong Ya Allah, aku begitu mencintai syahid. Aku lalui detik kesakitan yang Engkau berikan. Aku rasai perit derita kesakitan ini Ya Allah... Tiba-tiba hadir perasaan untuk aku infakkan diri ini demi Islam semata. Mungkin inilah hikmah ujian yang Engkau timpakan buat diriku hingga tertanam di sanubariku, aku akan gegar dunia dengan semangat jihadku.

            Ini langkahku. Aku akan terus melangkah mencapai impianku itu. Aku akan bersama kalian dalam meneruskan perjuangan suci ini. Ayuh kita mara bersama sahabat seperjuanganku. Ayuh kita tawan Malaysia menjadi Daulah Islamiyyah supaya kita bisa melestari khilafah islamiyyah. Ayuh bersamaku kita bangkitkan perjuangan suci Nabi… ayuh kita tebus kematian para sahabat yang gugur syahid di medan jihad. Sanggupkah kita gugur syahid? Katakan dalam diri… "Ya...Aku sanggup gugur syahid!"

            Selamat berjuang rakan jihadku! Aku doakan kita bakal mewarnai pentas perjuangan ini. Aku doakan kita mati syahid di medan jihad ini. Mari buru syahid bersamaku!

“….Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin[314], orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya..”
~an nisa : 69~

[314]. Ialah: orang-orang yang amat teguh kepercayaannya kepada kebenaran Rasul, dan inilah orang-orang yang dianugerahi nikmat sebagaimana yang tersebut dalam surat Al Faatihah ayat 7

Diary Hati:'(




Aku impikan
Menjadi mawar berduri
Hanya bisa digapai mujahid sejati
Iman sebagai tabir diri
Keperibadiaan indah dan disegani
Umpama mutiara indah tersimpan
Tidak cacat sekalipun
Sekali ku jatuh,
Ku bangun semula
Kuat dan utuh
Penawar racun yang berbisa
Cintaku hanya pada Allah dan Rasul
Tidak sekali menyerahkan cinta
Pada manusia yang hanya palsu semata
Namun hatinya menanti mujahid sejati
Yang memberikan jalan dan bimbingan
Yang setia dan soleh
Lelaki acuan Al Quran
Yang melabuhkan cintanya
Pada Allah lebih dari segalanya
Aku sedar aku tidak akan
Memilikinya sepenuhnya
Kerana dia milik Allah jua
Aku juga begitu
Aku milik Allah
Aku hanya hamba kerdil
Amat mendambakan cinta Allah
Ya Allah, Aku amat merinduiMu!!!