Wednesday 31 October 2012

subhanallah!!!

Seorang remaja Jordan yang bertugas sebagai imam telah terlibat dalam satu kemalangan dan didapati koma. Tetapi apa yang berlaku ketika beliau sedang koma ialah remaja tersebut tiba-tiba membaca al quran dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika diiringi keluar daripada bilik pembedahan. Sesungguhnya apa yang berlaku itu adalah dari kekuasaan Allah s.w.t . yang ditunjukkan kepada sesiapa yang dikehendakinya. "Subhanallah,maha memberi inspirasi hati buatku" 




maksud ayat yang dibaca:


surah Al-Hasyr


sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. <18>
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka. <19>
Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini). <20>
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. <21>